Manusia Hidup Dengan Peperangan


Nampaknya manusia lahir ke dunia untuk berperang

Berperang sesama manusia

Bangsa dengan bangsa

Etnik dengan etnik

Ideologi, agama, ekonomi, negara

Mati sana mati sini, luka, menderita di mana-mana

Memusnah apa sahaja

Yang paling teruk berperang dengan kuman

Terlalu halus, tapi amat merbahaya

Setiap hari manusia mati kerananya

Sakit teruk, terlantar di mana-mana

Menderita, melarat sepanjang masa

Dikerahkan tentera-tentera dengan kepandaian, kepakaran

Dengan berbagai jenis alat senjata canggih

Bertahan dengan kubu-kubu pertahanannya

Namun dia tembus dan telus di mana-mana

Harta dicari habis dikorbankan kerananya

Belanja untuk melawannya tidak terkira

Dia menyerang tidak kira siapa

Raja, pembesar, orang yang pandai apatah lagi rakyat jelata

Peperangan dengan kuman tidak pernah ada genjatan senjata

Tidak ada perjanjian yang boleh dibuat

Dia tetap menyerang setiap detik dan masa

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi